Airmata jantanku menitis kerana Dhia


“Jika dia diciptakan untukmu, walau apa yang terjadi dia pasti menjadi milikmu”

Aku percaya ada ramai pengikut drama bersiri ‘Tentang Dhia‘ ni… kan?🙂 Ni antara drama tempatan yang aku suka nak tengok selain ‘Nurkasih‘…

Ceritanya memang menarik, aku jarang juga nak melayan drama-drama macam ni (adalah beberapa). Biasanya aku akan tengok pada episod pertama je. Tapi untuk drama ‘Tentang Dhia’ ni, setiap episod membuatkan aku rasa nak tengok apa yang akan terjadi seterusnya… Dan syukur aku manage to tengok since first to final episode ni and there’s lot of thing yang kita boleh belajar dan serap dalam kehidupan seharian kita… Perkara-perkara yang mampu mengubah persepsi kita tentang Cinta

Dalam drama ni memang jelas ‘setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya‘, mungkin kita tak nampak sehingga kita ‘buka mata, buka hati, buka minda‘…

Dhia, sejak dari awal diuji dengan bermacam-macam hal yang melanda. Namun terus cekal dan redha dengan semuanya. Sehinggalah dia sah menjadi yang halal kepada Zikir, tetapi ujianNYA tidak terhenti di situ. Ibu Zikir tidak merestui perkahwinan itu dan berusaha meruntuhkan Masjid yang telah dibina.

“Cinta tanpa restu, umpama jasad tak bernyawa,” –Dhia

Siapa yang ada tengok dari awal drama ni mesti dah tahu apa yang ibu Zikir dah buat. Sanggup melakukan syirik untuk memenuhi kepuasan dan kehendak dirinya. Dhia, ayah dan ibu Dhia tak terkecuali Zikir juga menjadi mangsa…😦 Geram juga tengok ibu Zikir yang licik tu. Dhia selepas dah mengetahui perbuatan ibu Zikir tu, cuma berdiam diri dan bersabar. Tetapi sesabar mana pun seseorang itu kalau sering diserang tanpa henti, pasti roboh juga. Itu yang terjadi pada Dhia bila akhirnya dia memarahi ibu Zikir, namun Dhia tak pernah ingin membalasnya.

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Selicik mana pun ibu Zikir, sehebat mana pun dia telah menyembunyikan perbuatan buruknya… Akhirnya, kebenaran terbongkar jua.

kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi

Di akhir siri drama ni semuanya terbongkar. Tindakan ibu Zikir menggunakan ilmu hitam ke atas Dhia dan Zikir, rupanya dicontohi dari nenek Zikir sendiri. Peringatan buat kita semua, setiap apa tindakan kita samada yang baik atau yang buruk itu pasti menjadi contoh pada orang lain. Kerana itu harus untuk kita berhati-hati dalam melakukan apa jua, biarlah yang baik itu menjadi ikutan…

Dalam soal perhubungan, komunikasi itu amat penting. Adakalanya kita patut berdiam diri, tetapi terlalu mendiamkan diri dan memendam juga kadangkala mengundang sesuatu yang tidak baik. Memberi peluang untuk menjarakkan lagi perhubungan itu, seperti yang terjadi pada Zikir dan Dhia. Dhia berdiam diri untuk menjaga hubungan suami dengan ibu mertuanya. Zikir berdiam diri dan berprasangka terhadap isterinya dan hanya mendengar dari sebelah pihak (ibunya)… Sehinggalah mereka berbincang dan Zikir menanyakan sendiri kepada Dhia.

“Dhia dah tahu siapa yang lebih cintakan Dhia…” –Dhia

“Siapa sayang?” –Zikir

“ALLAH” –Dhia

“Abang juga cintakan Dhia… lebih dari segalanya…” –Zikir

“Jangan ada cinta melebihi dari cinta kepada ALLAH” –Dhia

Dialog terakhir antara Dhia dan Zikir sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir… Itulah mesej utama yang cuba disampaikan dalam drama ni…

Kadang-kadang kita terlalu mengagungkan cinta sesama insan berbanding cinta kepada yang Maha Pencipta… Kita lupa, tiada cinta yang lebih membahagiakan selain cinta kerana ALLAH…

Cinta pada Insan kerana Cinta kepada ALLAH, itulah cinta yang membawa ke Syurga