Punca azam gagal tercapai…


Lagi dua hari dah nak masuk tahun baru 2012. Dah tiba masa untuk pasang azam baru…

Tapi sebelum tu, azam tahun 2011 camana? Tercapai ke tak tercapai?

Bagi yang azamnya tercapai tu, syukur Alhamdulillah dan teruskan berazam untuk sesuatu yang lebih baik untuk tahun mendatang…

Bagi yang tak tercapai (macam aku), tak apa kita teruskan juga bersyukur dan berazam untuk melakukan yang lebih baik untuk mencapai sesuatu yang kita harapkan…

Jujur… Aku rasa sedih juga bila hampir semua yang aku rancang untuk tahun 2011 ni tak menjadi. Di saat-saat tahun 2011 semakin meninggalkan kita ni, aku rasa sedikit tertekan juga, betul-betul buat aku rasa DOWN sangat lebih-lebih lagi bila tahun ni aku paling banyak menghadapi krisis dan kejutan. Fuhh! ~.~ Namun itu semua bukan alasan untuk gagal mencapai apa yang diharapkan…

Jika begitu, apa punca sebenarnya?

Sering kita menyalahkan keadaan apabila gagal dalam segenap perkara. Tanpa kita sedar punca sebenarnya datang dari diri kita sendiri. Dalam hal mencapai sesuatu azam juga begitu, asas yang menjadi punca utama bukanlah datang dari rintangan atau masalah atau krisis dalam hidup mahupun menyalahkan orang lain. Tetapi yang menjadi penyebabnya ialah diri kita sendiri apabila kita gagal merancang untuk berjaya… Ingin berjaya dan azam tercapai, tetapi hanya sekadar angan-angan tanpa perancangan dan tindakan…

Merancang untuk gagal adalah lebih baik dari gagal untuk merancang… –Anonymous

So now setelah kita tahu punca mengapa kita gagal menyempurnakan azam 2011, apa yang perlu kita lakukan untuk tahun ini adalah merangka pelan dan rancangan untuk tahun 2012… Oh! Yeah!…^_^

Bagaimana merancang azam?

1 :: Mengenalpasti — status semasa, kelemahan dan lelebihan, keutamaan.

2 :: Membuat perincian

3 :: Visualkan — lakaran atau penulisan

4 :: Kongsikan — dengan ahli keluarga, teman rapat.