Quick entry of 2012…


Syukur Alhamdulillah

Dipanjangkan usia untuk menginjak ke tahun baru… Selamat tahun baru 2012! ^^v

This was just a quick entry from me, sebenarnya tak ada idea nak menulis pun. Mengantuk!… So kalau entri macam mengarut sikit, minta maaf je lah ye… hehe…😛

Sedih juga meninggalkan 2011, banyak kenangan yang berlalu, banyak perkara yang tak sempat dan tak diizinkan… Tapi walau bagaimanapun masa tidak menunggu kita so apa yang perlu kita buat just go on with this life. Buka mata, buka hati, buka minda untuk melihat betapa sebenarnya indah dan nikmatnya hidup ini untuk diharungi.

Untuk tahun ni, tentang sambutan tahun baru… Tak ada acara yang istimewa sangat, just spend quality time dengan family je lah. Yelar da bertahun asyik sambut tahun baru dengan kawan-kawan je, bila pula masa dengan family kan? Tak tahu lagi kalau tahun depan sempat ke tak sambut tahun baru… So tahun ni biarlah dengan family pula. Lagi family pun dah mula ramai, memang meriahlah rasanya…🙂

Tentang azam, for sure aku pun ingin yang terbaik untuk tahun ni berbanding tahun yang lepas-lepas. Lot’s of thing yang aku da planned untuk tahun ni, InsyALLAH dengan izin dan redha serta berkat usaha semua akan berjalan lancar. AMIN

Okay… Aku tak nak tulis panjang sangat, sebab nanti bosan pula yang membaca… Berdosa pula aku nanti…😛 Aku pun kena masuk tidur, sebab esok masih kena kerja. Kena bangun dan pergi kerja awal, nak sediakan breakfast untuk guest yang datang tempat aku kerja… Pergh! tengok booking list tadi pun, ramai sangat guest esok.

“Mentang-mentang tempat aku kerja ni ada pantai, berduyun-duyun korang datang,”

Tapi tak apa, yang penting semua orang happy… ye tak?! ^^v

To everybody (specially to nazim4real reader)…
Wishing you guys the best of luck this 2012…
Semoga semua kita beroleh keberkatan, dipanjangkan usia, dikurniakan kemurahan rezeki dan kesihatan tubuh badan…
May ALLAH bless Us…

Selamat malam… Bye!🙂