TV Shows | Gemersik Kalbu


Bagi penggemar Novel berjudul ‘Gemersik Kalbu’ karya Anis Ayuni, pasti korang rasa teruja apabila novel favourite korang ni diadaptasi kepada drama yang juga berjudul ‘Gemersik Kalbu’…

Sinopsis Drama :
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana, kerana baginya cinta bukan suatu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri janji ikrar setia sehidup semati. Walau bagaimana pun, rancangan Suffian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.

Hanya Suffian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hati untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Suffian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila, dan sepupunya, Darlina, Suffian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.

Mampukah kasih dan kebijaksanaan Suffian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Suffian dengan sepenuh hati dan mengecap sinar kebahagiaan untuk kali kedua?