Things happen, early 2012


It’s been a few days after New Year 2012… Rindu pula dengan blog… Selalu nak buat update, cuma aku tak ada masa nak menulis dengan kesibukan kerja… Awal tahun macam ni, perkara biasa dengan kehadiran tourist dari Korea… Berduyun-duyun, sebab kat sana sekarang ni winter holidays. Letih tu memang letih juga, tapi tanggungjawab kita untuk negara juga… Nak memberikan yang terbaik on behalf of Malaysians. Beginilah tugas dalam bidang hospitaliti, frontliner of Malaysia on the eyes of the tourist and foreigner

So how’s your New Year? Tahun ni aku sambut tahun baru dengan family. Tak ada yang istimewa sangat, cuma bbQ ringkas with friends and family. Simple but meaningful… ^_^

Di awal-awal tahun baru ni, banyak perkara yang berlaku sekitar aku. My brother (Nadzir) lost his handphone. Sedih jugalah dia, sebab dalam memory card tu ada gambar anak-anak dia dari masa baru lahir sampailah sekarang dah umur 4 tahun dan setahun setengah.

(My Tips : Jika kita ada gambar-gambar kenangan yang penting dalam bentuk digital, segera buat salinan –samada hardcopy atau softcopy)

Tapi bukan dia je yang kehilangan handphone, my colleague (Jefri) pun terima nasib yang sama. Aduh! Ni trend tahun baru ke apa ni?🙂

One of the most unforgetable for this new year, bila terima berita tentang kehilangan seorang rakan baik (Rafie) pada 01 Januari 2012, jam 4 pagi. Innalillahiwainnalillahirojiun…😦 Penyesalan juga buat aku sebab tak sempat nak pergi menziarahi arwah ketika arwah ditahan di hospital sebab kemalangan dua minggu sebelum tahun baru… Aku cuma dapat tahu pemergiannya, sehari selepas dia dikebumikan. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman… Al-Fatihah…

Erm, other things kat tempat aku kerja… Tahun baru ni, pertambahan menu buffet baru (kalau dah ada menu baru ni, maknanya bertambahlah lagi kerja aku) —Mee Udang… Since we started with this new menu, it become one of the most favourite dishes at Borneo Kellybay’s instead of those honey chicken wings and grill lamb… So kalau nak rasa air tangan aku, silalah bertandang ke Borneo Kellybay’s… hehe… ^^v

There’s nothing much to write, aku rasa cukup setakat ni… Sebab aku pun nak merehatkan diri, lagipun aku memang tak idea yang nak di update… hehe… And last but not least for today,
Setiap yang berlaku itu pasti ada sesuatu hikmah atau perkara yang boleh kita pelajari. Cuma kita jangan merungut jika musibah melanda, redha pada ketentuan-NYA… Buka mata, buka hati, buka minda