Student life… Again?


Annyeong Haseyo

Aiseh! hehe… Hari ni aku start turun kelas. Walaupun dah lepas hampir lebih 10 tahun meninggalkan alam persekolahan, tapi minat untuk belajar tu masih ada… Memang selalu aku rebut peluang untuk belajar jika berkesempatan, cuma kadang-kadang tak ada rezeki untuk aku belajar. Syukur Alhamdulillah bila 12 Januari 2012 yang lalu aku terima panggilan dari AMC College Kota Kinabalu, ditawarkan mengikuti kursus dibawah tajaan Kementerian Sumber Manusia… ^_^

Kursus apa? Aku ditawarkan mengikut kursus Conversational Korean… Yahuu! ^^v

Sebenarnya dah lebih setahun aku apply, tapi baru sekarang dapat tawaran. Mulanya aku apply untuk kursus Conversational Mandarin (malu orang cakap anak kacukan cina tak pandai berbahasa cina), tapi yang dapat kursus lain la pula… But it’s okay, tetap tak rasa rugi juga sebab kebetulan aku bekerja dalam industri hospitaliti and most of our guest pun Korean, so ini merupakan advantage buat aku belajar bahasa mereka jadi taklah lagi timbul masalah komunikasi dengan para Korean yang tak fasih berbahasa English tu… hehe…😛

1st day on classes aku rasa dah macam budak darjah satu baru masuk sekolah la pula… Kekok… Mujurlah aku tak macam budak darjah satu yang menangis lepas dah ditinggalkan kat sekolah ngan mak bapa… haha…😀

So start from today rutin harian aku pun dah mula pack… Sesak… Siang aku kerja dari jam 8 pagi till jam 5 petang and start jam 6 petang aku kena turun kelas sampai jam 10 malam… Memula rasa terbeban juga nak membagi-bagikan masa macam ni, logistik tempat kerja ke rumah dan ke kolej pun bukannya dekat sangat, kena lagi jam 5 petang tu peak time (masa orang pulang kerja), sah-sah jalanraya sesak… Tapi tu tak menjadi alasan aku untuk menolak tawaran ni…

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian…

Dalam kursus ni aku fikir just belajar bercakap je, rupanya kena belajar menulis dan membaca juga. Punyalah bengang aku rasa… Tapi sebenarnya tak sesukar mana pun, ala-ala belajar ABC je… Lagi susah nak belajar ABC, syukur setakat kelas pertama aku dah mula kenal huruf dan dapatlah baca yang ringkas-ringkas (cuma tak tahu maksud)… hehe…

So guys! Wish me luck okay… Nanti bila aku dah pandai dan mahir berbahasa Korea, aku akan ajarkan pula dengan kawan-kawan semua… sukeTak!? Hehe… ^^v