Tragedi | Lelaki maut akibat mercun di Taman Seputeh, Luyang.


Kegembiraan meraihkan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi apabila By Shaow Yong, 26, terbunuh selepas sebahagian kepalanya hancur akibat letupan mercun di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, pada malam Tahun Baru Cina.

Mendiang baru berkahwin bulan lalu dan tahun ini merupakan tahun pertama beliau menyambut tahun baru cina sebagai seorang suami.

Dalam kejadian, salah satu dari tiga mercun yang dibakar mangsa telah gagal berfungsi. Mendiang kemudiannya cuba memeriksa mercun tersebut sebelum ia tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

Mendiang yang bekerja sendiri sebagai seorang penjual kuih di Lido, Penampang, maut serta merta dalam kejadian.

Takziah buat keluarga mendiang By Shaow Yong dan keluarga.

Semoga tragedi ini menjadi pengajaran buat kita semua. Pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Sedarlah kita bahawa setiap undang-undang yang digubal itu adalah untuk melindungi kita dan bukannya sesuatu yang menyulitkan.