Tragedi | Dua sahabat terkorban dalam kemalangan di Taman Jaya Diri, Sepanggar.


Bila melihatkan gambar ni aku rasa sebak je. Sebab kedua-dua mangsa ni merupakan sahabat, teman sekampung dan saudara aku. Rasa macam tak percaya kedua mereka telah tiada…

Azizul Mduli (Apeng) dan Mat Sirah Yahaya (Damit) terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar pada malam 11 Januari 2012

Rentetan dari kejadian kemalangan yang meragut nyawa keduanya, banyak spekulasi yang timbul di kalangan penduduk kampung. Tapi kejadian sebenarnya mereka berdua terbabas dan melanggar tiang lampu jalan…

Dalam laporan akhbar juga melaporkan berita yang salah dengan mengatakan mereka berdua dalam perjalanan pulang dari kampung untuk melawat saudara. Sedangkan mereka berdua sebenarnya memang menetap di kampung…

Ke mana tujuan mereka pada malam itu, cuma kedua-dua arwah yang tahu. Tapi punca sebenarnya, mereka hilang kawalan kerana berada dalam pengaruh alkohol…

Semoga tragedi ini jadi pengajaran buat kita semua. Jangan sesekali kita memandu dibawah pengaruh alkohol kerana ini akan menjejaskan tumpuan, penilaian dan tindakan kita. Kepada yang beragama Islam, telah dinyatakan di dalam Al-Quran, bahawa minuman arak itu adalah haram. Beringatlah, Amal Ma’ruf Nahi Mungkar’, kerana kita tidak akan pernah tahu bila dan di manakah penghujung perjalanan kita di muka bumi ALLAH yang cuma pinjaman semata-mata… Wallahualam…

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah… Semoga mereka di ampunkan dari dosa-dosa dengan amal-amal yang pernah mereka lakukan sepanjang masih berjalan di bumi ALLAH… Dan takziah buat keluarga keduanya…