Unik & Pelik | Anak kambing biri-biri berkaki dua di Shandong, China.


Asalnya aku Google nak cari tentang kelahiran anak kambing biri-biri berkaki enam yang aku baru ternampak dalam Buletin Utama. Tapi lain di cari lain pula yang terjumpa…🙂

Pertama kali nampak gambar ni aku fikirkan apa binatang macam lain je, sekali pandang macam burung kasawari pun ada. Rupa-rupanya anak kambing biri-biri berkaki dua le pula…😀

Kambing biri-biri ni dilahirkan pada tahun 2010 (dah lama rupanya), di Dadongzhuang, sebuah desa kecil di Laizhou dalam wilayah Shandong. Kelahiran biri-biri ini benar-benar telah memeranjatkan Cui Jinxiu (seorang petani yang juga merupakan pemilik kambing biri-biri ini). Beliau dan keluarganya risau jika anak kambing biri-biri ini tidak mampu hidup lama dengan keadaannya yang berkaki dua dan hanya berbaring di atas rumput, namun mereka kemudian memutuskan untuk cuba membesarkan anak kambing biri-biri ini dengan menyusukannya menggunakan botol bayi.

Ternyata apa yang telah mereka lakukan itu tidak sia-sia, bila anak kambing itu kini mampu hidup seperti kambing biri-biri yang normal. Menurut Cui Jinxiu lagi, kambingnya itu sangat kenal dan manja dengan beliau.