Malaywood | Ana Raffali bakal berkahwin Februari ini.


Bakatnya dikesan dalam laman sosial Youtube sebelum beliau dilamar oleh Aidit Alfian sebagai artis rakaman. Namanya melonjak naik dengan single Tolong Ingatkan Aku yang turut menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25. Selepas dari kejayaannya itu ada desas-desus yang berlegar mengatakan beliau akan berkahwin pada tahun 2011, namun ternyata itu hanya khabar angin.

Terbaru, Ana Raffali dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama pilihan hatinya. Menurut laporan mStar Online hari ini, Ana Raffali akan berkahwin dengan pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Naim di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi 25 Februari 2012.

Ana Raffali dikatakan enggan menafikan dan mengiyakan spekulasi tentang tarikg berkenaan dan meminta semua pihak bersabar kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

Ana Raffali dikhabarkan akan mengadakan satu sidang media khas pada selasa depan untuk mengumumkan majlis pernikahannya bersama Naim selepas tamatnya Anugerah Juara Lagu ke-26.