Unik & Pelik | Anak kambing biri-biri berkaki lima di Northamptonshire, UK.


Lagi hasil dari carian aku di Google semalam dengan keywords biri-biri berkaki enam. Sekali pandang seperti tiada apa yang berbeza dengan kambing biri-biri ini dari biri-biri yang lain, tetapi bila diperhatikan dengan lebih teliti ternyata kambing biri-biri ini unik dengan kaki kelima.

Anak kambing biri-biri berkaki lima ini dilahirkan pada Mac 2011 di sebuah ladang di Northamptonshire, United Kingdom. Pemiliknya Pip Hopcraft menamakan anak kambing biri-biri unik ini sebagai Jake.