Events | Malaysia – Korea Music & Dance Festival at Kota Kinabalu


Festival muzik dan tarian Malaysia – Korea bakal diadakan di Auditorium Yayasan Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu, 4 Februari 2012 ni…

Acara yang dianjurkan oleh The Korea Club Sabah dan Dudlesori ni adalah suatu langkah untuk saling memperkenalkan budaya antara masyarakat Malaysia dan Korea melalui muzik dan tarian. (Kiranya berhibur sambil belajar la ni kan…) ^_^

Sambil-sambil tu ni juga langkah untuk mempromosikan pelancongan di kedua-dua negara sebab Kedutaan Republik Korea dan Sabah Tourism Board juga terlibat sebagai penaja untuk acara ni…🙂

Aku memang merancang untuk pergi juga, sebab aku ada dapat Free Ticket ke festival tu. Tapi bukan sekeping, bukan juga dua keping… 50 KEPING! Tiket PERCUMA… Hehe…😀

That’s why aku dengan berbaik hatinya nak ajak sesiapa yang tinggal sekitar Kota Kinabalu untuk sertai aku. Manalah tahu rezeki kawan-kawan kan, pergi tengok festival dah tu menang pula Trip ke Korea dalam Lucky Draw yang menjadi acara kemuncak festival ni… Wow! Korang nak ke?

So sesiapa yang berminat menyertai rombongan Nazim ke Festival Muzik & Tarian Malaysia-Korea, boleh lah Follow Nazim kat Twitter atau Facebook…🙂

Jumpa di sana! ^^v