Malaywood | Ana Raffali bakal menikah 25 Februari 2012


Seperti yang telah dijanjikan, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali sebagai Ana Raffali telah mengadakan sidang media pada 31 Januari 2012 untuk menjawab teka-teki tentang tarikh pernikahannya…

Dalam sidang media tu, Ana mengumumkan bahawa majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2012.

Menurut Ana, jejaka yang menjadi pilihan hatinya merupakan teman baiknya yang sudah dikenali sejak tahun 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

Sikap Naim yang penyabar membuatkan Ana tertarik dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam perhubungan mereka pada tahun 2008.