Unik & Pelik | Rumah terbalik di Telibong, Tuaran.


Aik. Tak ada ribut, tapi camana rumah ni boleh sampai terbalik macam ni… Pelik je! Tapi inilah tarikan unik yang terbaru di Tuaran… Sebuah rumah yang sengaja dibina secara terbalik…

Rumah Terbalik atau juga dikenali sebagai The Upside Down House in Borneo ni terletak dan dibina di Kampung Telibong, Tuaran. Dan rumah ni mudah dilihat dari jalan utama Tuaran ke Tamparuli, so NM rasa tak menjadi masalah bagi sesiapa yang nak melihat sendiri keunikan rumah ni…

Tapi takkan lah nak tengok dari jauh je kan? Agak-agak kat dalam rumah tu, semua benda pun terbalik ke? Hehe…😛 Jujur, aku pun tak tahu, tapi in future mesti aku akan pergi tengok rumah ni secara lebih dekat lagi. Hurm… Tengah curious ni… hehe… Korang kalau nak pergi tengok dekat-dekat pun boleh, sebab rumah ni dengan rasminya telah dibuka kepada awam pada 1 Februari 2012 dengan kadar rata RM18/pax sebagai bayaran masuk…🙂

Kalau menurut Facebook Rumah Terbalik, ni bukan sekadar rumah terbalik je, ada cafe juga… Erm, kedai cenderahati pun ada. Dan later pihak pengurusan Rumah Terbalik ni rancang nak tambah lagi benda-benda lain… Who knows kan, someday tapak tu jadi The Upside Down Town pula… hehe… ^^v