Funday | Malaysia – Korea Music & Dance Festival (04 Feb 2012)


Ini merupakan penganjuran kali pertama seumpamanya di Kota Kinabalu, aku rasa kali pertama di Malaysia juga kot… ~_^ Walaupun aku tak menang apa-apa hadiah dalam acara Lucky Draw tapi NM rasa puas hati dapat hadir menyaksikan festival ni…

Pada asalnya The Korea Club Sabah bercadang untuk mengadakan Annual Dinner, tapi di saat-saat akhir berlaku pertukaran rancangan memandangkan kos yang terlalu besar untuk acara dinner tu… Diana Lee (DL) yang merupakan salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur mencadangkan lebih baik buat festival supaya semua orang boleh hadir dan ber’gumbira’…😛 Betul juga cakap DL, membazir je kalau buat aktiviti & show hanya nak bagi warga Korea sendiri tengok, kan bagus buat aktiviti yang beri manfaat pada warga kedua-dua Malaysia-Korea…

Tempoh mempromosikan festival ni memang singkat sangat, lebih kurang seminggu je. DL personally did ask me untuk menghebahkan event ni dalam media sosial… Dan syukur, sambutan yang diterima amat menggalakkan… Crowded! Thanks KK-ians for ur kind support! ^_^

Acara bermula agak lewat dari yang dijadualkan, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar… Dan aku merasa terhibur dengan persembahan-persembahan dari wakil kedua-dua negara… Jujur ada juga persembahan yang kurang menarik pada aku, tapi tak kurang juga yang benar-benar membuat aku rasa terpaku…🙂

Persembahan nyanyian Soprano yang bertajuk ‘Il Bacio’ oleh Professor Yhang H.S

Alunan tiupan Saxophone oleh Professor Andrew Poninting

Persembahan Samulnoli oleh Park Gurhyun, Ju Jiyoung, Kwak Yurim dan Kim Junsik dari Korea National Performing Arts

Tak kurang juga persembahan Fiction (Beast) – Dance Cover, Heartbeat – Dance Cover by KPM (Korea Hour) dan Hip Hop dance by Borneo Crew

credits to :: Aliya Jay