Much Of Love | Hadis – hadis Cinta


Setiap manusia pasti tidak lari dari keinginan untuk berpasangan antara lelaki dan perempuan. Ini adalah naluri semulajadi yang dikurniakan ALLAH kepada kita. Cuma terkadang kita hanyut dengan buaian perasaan sehingga ada ketika segelintir dari kita menjadi obses pada cinta. Mengejar cinta di dunia yang sementara hingga terlupa pada cinta-NYA yang sejati dan abadi…

Sesungguhnya, apabila hadir pada kita keinginan untuk berpasangan maka pilihlah dia kerana cinta-NYA… Dan janganlah kita memilih seseorang itu kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita, atau semata-mata kerana ingin mencintai dia atau dia mencintai kita. Sedarlah, cinta seperti itu hanya cinta buaian nafsu. Tetapi biarlah kita memilih kerana dia sayang dan cinta seperti kita sayang dan cinta kerana Cinta kepada ALLAH…

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu,” -Imam Nawawi

Dan renungilah sebahagian Hadis-hadis Rasulullah:

“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam diri mereka maka dia akan merasa kemanisan Iman. Tiga perkara itu, apabila dia mencintai ALLAH dan Rasul-NYA lebih dari segala yang ada di dunia ini, apabila dia mencintai seseorang tidaklah cintanya itu melainkan kerana ALLAH, dan apabila dia membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka,” -Hadis Riwayat Muslim

“Sesiapa pun tidak akan merasa manisnya iman, sehingga dia mencintai seseorang kerana ALLAH,” -Hadis Riwayat Bukhari

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, mencintai kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH, dan menikah kerana ALLAH, maka bererti dia telah sempurna imannya,” -Hadis Riwayat Al-Hakim

“Cintailah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari kamu akan membencinya. Dan bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari kamu akan mencintainya,” -Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Dan setelah kita telah memilih dia untuk dicintai oleh kita, maka seringkanlah memanjatkan doa. Mengharap kepada maha Pencipta ALLAH swt dan bukan mengharap kepada dia…

“Ya ALLAH ya Tuhanku, bimbingkanlah hatiku untuk mencintainya kerana-MU, agar cinta ku padanya mendapat keberkatan dan keredhaan-MU. Dan semoga cinta antara kami membawa diriku dan dirinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan cinta-MU,”

Amin Ya Rabbal Alamin…