TV Shows | Kupinang kau dengan Bismillah


Seorang lelaki itu keras seperti batu, namun dia juga boleh menjadi serapuh setangkai bunga mawar…

Amar adalah seorang mahasiswa yang mendapat biasiswa untuk mendalami ilmu agama di Istanbul, Turki. Ayah Amar adalah seorang guru, manakala ibunya pula seorang penjaja kuih. Demi mendapat wang tambahan untuk membantu keluarganya di kampung, Amar berusaha melakukan pelbagai pekerjaan sampingan termasuklah menerima tawaran menjadi pemandu untuk menghantar tetamu-tetamu dari kedutaan Indonesia di Istanbul…

Sepanjang berada di Turki, Amar tinggal bersama Nordin, seorang mahasiswa dari Malaysia yang juga merupakan rakan sekuliah Amar. Konflik sering timbul di antara Amar dan Nordin kerana perbezaan pendapat mereka dalam mentafsirkan ilmu agama Islam, Amar dengan pemikiran liberalnya, manakala Nordin lebih bersikap fundamental.

Sementara itu, Nirvana, seorang lulusan dari London College of Fashion, merupakan seorang pereka fesyen yang mula mencipta nama. Gadis berusia 22 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal Chandra Basuki, seorang ahli perniagaan ternama yang memiliki rangkaian perniagaan Department Store – Paradise Shoppe.

Nirvana juga mempunyai kekasih yang bernama Carlo, pewaris tunggal Saputraland, sebuah syarikat pembinaan ternama. Eddy Saputra, ayah kepada Carlo, dan Chandra Basuki berharap hubungan Nirvana dan Carlo dapat menyatukan dua kerajaan perniagaan mereka.

Ringkasnya, Sinetron Kupinang kau dengan Bismillah mengisahkan perjuangan dua orang anak muda (Amar dan Nirvana) yang berbeza latar belakang dalam menggapai makna cinta sejati.