TV Shows | Slot Akasia – Atas Nama Cinta


Kelmarin berakhir dah drama Gemersik Kalbu, best ke tak best? NM tak tahu nak nilai, sebab NM sendiri pun tak ikut sangat cerita tu… Tengok pun ntah berapa episod je…😛

Takpelah, kita tutup cerita tu… So, next week siri drama baru pula yang bakal ditayangkan dalam Slot Akasia — TV3, bermula 13 Januari 2012… Judul drama ni, Atas Nama Cinta

Tajuk ni macam kita pernah dengar, kan? Dalam lagu, dalam filem… Tapi mungkinkah drama Atas Nama Cinta ni juga merupakan adaptasi novel? Maklumlah sekarang ni banyak filem dan drama yang diterbitkan dan diadaptasi dari novel-novel popular, macam dah trend pula kan…🙂

Cerita ni mula dengan kisah seorang bapa dan anaknya yang terpaksa balik ke kampung sebab nak melarikan diri dari pengutip hutang. Si bapa tu nama dia Ahmad, yang anak pula nama Saiful.

Masa tinggal kat kampung tu, Saiful berkawan dengan budak perempuan nama Cinta. Sebelum tu, Cinta ni selalu kena buli dengan budak-budak kampung yang sebaya, then Saiful ni jadi hero lah selalu tolong Cinta. Rasanya lepas tu diorang happy lah dapat berkawan…

Nak dijadikan cerita lagi hangat dan menggeramkan sampai korang boleh emo kot…😛 Dalam seronok-seronok Saiful dan Cinta ni berkawan, cik Ahmad ni pula buat hal… Adakah patut dia curi wang simpanan yang mak Cinta bersusah-payah kumpul. Mau tak mengamuk makcik Zahara (mak Cinta)…

NM yang baru tulis sinopsis ni pun rasa geram pula… Korang geram tak? Hehe… :p

Apa yang jadi selepas si Ahmad curi duit simpanan si Zahara tu? Ntah-ntah Saiful dengan bapa dia kena keluar dari kampung kot… kan? Kesian budak Saiful dan Cinta tu terpaksa berpisah. Tapi dalam cerita macam ni, dah besar karang diorang jumpalah balik… Cuma diorang kenal lagi ke tidak? Hah! Yang ni korang kena tengok sendiri lah drama ni…🙂

Oya, drama ni dibintangi oleh Shah Jazle, Shah Iskandar, Fiza Halim dan Tasya Shila…

Erm, takat tu je lah… Yang lain korang tengok dan rate sendiri cerita ni… Jangan lupa temujanji anda dalam Slot Akasia setiap Isnin – Khamis, jam 7 malam di TV3! (dah macam iklan TV la pula) ^^v