Events | Pesta Eko Daing Sulaman di Tuaran, Sabah


Rasa-rasanya, sesiapa yang tinggal area Tuaran mesti dah tahu tentang pesta yang hampir setiap tahun dianjurkan semenjak 2007 ni, kan?🙂 Ada juga yang tak tahu ke? Takpe, bukan salah korang pun… Aku sendiri, walau tinggal hampir dengan tapak pesta ni dijalankan pun kurang tahu tentangnya sehingga lah aku rasa nak ambil tahu sekarang ni… ^^v Dan aku sebagai anak jati Tuaran, rasa bertanggungjawab pula nak kenalkan festival ni kepada umum, kalau aku boleh promote festival lain (Malaysia – Korea Music & Dance Festival ) kenapa pula aku nak biarkan kebanggaan tanah tumpah darah sendiri… kan?

Pesta Eko Daing Sulaman atau lebih komersil dikenali sebagai Sulaman Fish Season Festival ni bakal diadakan pada 24 Mac – 25 Mac 2012 di tapak tetap di Lok Nunuk Dantai, Tuaran.

Tujuannya, sama seperti pesta Kaamatan yang mewakili masyarakat Kadazan Dusun khasnya dan masyarakat petani secara umum… Pesta Eko Daing ni pula diadakan bertujuan untuk menunjukkan rasa kesyukuran dengan hasil tangkapan laut sepanjang tahun. Jadi jelaslah pesta ini mewakili masyarakat nelayan secara umum, khususnya buat masyarakat Bajau yang mendominasi aktiviti penangkapan ikan di Tuaran.

‘Eko daing’ diambil dari bahasa Bajau, yang bermaksud ‘banyak ikan’

Banyak aktiviti yang bakal diadakan semasa pesta ni berlangsung, antaranya menjala ikan, menangkap ketam menggunakan perangkap tradisional (bintur), lumba perahu, aktiviti sukan rakyat dan juga persembahan kebudayaan serta beberapa aktiviti lain yang pastinya menghiburkan.

Bagi kaki-kaki pancing, korang kena datang ke pesta ni. Siapa tahu rezeki korang menang dalam pertandingan memancing nanti…🙂