Recent Updates Halaman 2 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • Nazim Man 1:05 pm on February 7, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Much Of Love | Hadis – hadis Cinta 

    Setiap manusia pasti tidak lari dari keinginan untuk berpasangan antara lelaki dan perempuan. Ini adalah naluri semulajadi yang dikurniakan ALLAH kepada kita. Cuma terkadang kita hanyut dengan buaian perasaan sehingga ada ketika segelintir dari kita menjadi obses pada cinta. Mengejar cinta di dunia yang sementara hingga terlupa pada cinta-NYA yang sejati dan abadi…

    Sesungguhnya, apabila hadir pada kita keinginan untuk berpasangan maka pilihlah dia kerana cinta-NYA… Dan janganlah kita memilih seseorang itu kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita, atau semata-mata kerana ingin mencintai dia atau dia mencintai kita. Sedarlah, cinta seperti itu hanya cinta buaian nafsu. Tetapi biarlah kita memilih kerana dia sayang dan cinta seperti kita sayang dan cinta kerana Cinta kepada ALLAH…

    “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu,” -Imam Nawawi

    Dan renungilah sebahagian Hadis-hadis Rasulullah:

    “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam diri mereka maka dia akan merasa kemanisan Iman. Tiga perkara itu, apabila dia mencintai ALLAH dan Rasul-NYA lebih dari segala yang ada di dunia ini, apabila dia mencintai seseorang tidaklah cintanya itu melainkan kerana ALLAH, dan apabila dia membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah ALLAH menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka,” -Hadis Riwayat Muslim

    “Sesiapa pun tidak akan merasa manisnya iman, sehingga dia mencintai seseorang kerana ALLAH,” -Hadis Riwayat Bukhari

    “Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, mencintai kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH, dan menikah kerana ALLAH, maka bererti dia telah sempurna imannya,” -Hadis Riwayat Al-Hakim

    “Cintailah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari kamu akan membencinya. Dan bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari kamu akan mencintainya,” -Hadis Riwayat at-Tirmidzi

    Dan setelah kita telah memilih dia untuk dicintai oleh kita, maka seringkanlah memanjatkan doa. Mengharap kepada maha Pencipta ALLAH swt dan bukan mengharap kepada dia…

    “Ya ALLAH ya Tuhanku, bimbingkanlah hatiku untuk mencintainya kerana-MU, agar cinta ku padanya mendapat keberkatan dan keredhaan-MU. Dan semoga cinta antara kami membawa diriku dan dirinya bertemu kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan cinta-MU,”

    Amin Ya Rabbal Alamin…

    Advertisements
     
  • Nazim Man 1:57 pm on February 5, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Funday | Malaysia – Korea Music & Dance Festival (04 Feb 2012) 

    Ini merupakan penganjuran kali pertama seumpamanya di Kota Kinabalu, aku rasa kali pertama di Malaysia juga kot… ~_^ Walaupun aku tak menang apa-apa hadiah dalam acara Lucky Draw tapi NM rasa puas hati dapat hadir menyaksikan festival ni…

    Pada asalnya The Korea Club Sabah bercadang untuk mengadakan Annual Dinner, tapi di saat-saat akhir berlaku pertukaran rancangan memandangkan kos yang terlalu besar untuk acara dinner tu… Diana Lee (DL) yang merupakan salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur mencadangkan lebih baik buat festival supaya semua orang boleh hadir dan ber’gumbira’… 😛 Betul juga cakap DL, membazir je kalau buat aktiviti & show hanya nak bagi warga Korea sendiri tengok, kan bagus buat aktiviti yang beri manfaat pada warga kedua-dua Malaysia-Korea…

    Tempoh mempromosikan festival ni memang singkat sangat, lebih kurang seminggu je. DL personally did ask me untuk menghebahkan event ni dalam media sosial… Dan syukur, sambutan yang diterima amat menggalakkan… Crowded! Thanks KK-ians for ur kind support! ^_^

    Acara bermula agak lewat dari yang dijadualkan, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar… Dan aku merasa terhibur dengan persembahan-persembahan dari wakil kedua-dua negara… Jujur ada juga persembahan yang kurang menarik pada aku, tapi tak kurang juga yang benar-benar membuat aku rasa terpaku… 🙂

    Persembahan nyanyian Soprano yang bertajuk ‘Il Bacio’ oleh Professor Yhang H.S

    Alunan tiupan Saxophone oleh Professor Andrew Poninting

    Persembahan Samulnoli oleh Park Gurhyun, Ju Jiyoung, Kwak Yurim dan Kim Junsik dari Korea National Performing Arts

    Tak kurang juga persembahan Fiction (Beast) – Dance Cover, Heartbeat – Dance Cover by KPM (Korea Hour) dan Hip Hop dance by Borneo Crew

    credits to :: Aliya Jay

     
  • Nazim Man 10:20 am on February 2, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Unik & Pelik | Rumah terbalik di Telibong, Tuaran. 

    Aik. Tak ada ribut, tapi camana rumah ni boleh sampai terbalik macam ni… Pelik je! Tapi inilah tarikan unik yang terbaru di Tuaran… Sebuah rumah yang sengaja dibina secara terbalik…

    Rumah Terbalik atau juga dikenali sebagai The Upside Down House in Borneo ni terletak dan dibina di Kampung Telibong, Tuaran. Dan rumah ni mudah dilihat dari jalan utama Tuaran ke Tamparuli, so NM rasa tak menjadi masalah bagi sesiapa yang nak melihat sendiri keunikan rumah ni…

    Tapi takkan lah nak tengok dari jauh je kan? Agak-agak kat dalam rumah tu, semua benda pun terbalik ke? Hehe… 😛 Jujur, aku pun tak tahu, tapi in future mesti aku akan pergi tengok rumah ni secara lebih dekat lagi. Hurm… Tengah curious ni… hehe… Korang kalau nak pergi tengok dekat-dekat pun boleh, sebab rumah ni dengan rasminya telah dibuka kepada awam pada 1 Februari 2012 dengan kadar rata RM18/pax sebagai bayaran masuk… 🙂

    Kalau menurut Facebook Rumah Terbalik, ni bukan sekadar rumah terbalik je, ada cafe juga… Erm, kedai cenderahati pun ada. Dan later pihak pengurusan Rumah Terbalik ni rancang nak tambah lagi benda-benda lain… Who knows kan, someday tapak tu jadi The Upside Down Town pula… hehe… ^^v

     
  • Nazim Man 10:13 am on February 1, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Malaywood | Ana Raffali bakal menikah 25 Februari 2012 

    Seperti yang telah dijanjikan, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali sebagai Ana Raffali telah mengadakan sidang media pada 31 Januari 2012 untuk menjawab teka-teki tentang tarikh pernikahannya…

    Dalam sidang media tu, Ana mengumumkan bahawa majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2012.

    Menurut Ana, jejaka yang menjadi pilihan hatinya merupakan teman baiknya yang sudah dikenali sejak tahun 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

    Sikap Naim yang penyabar membuatkan Ana tertarik dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam perhubungan mereka pada tahun 2008.

     
  • Nazim Man 10:12 am on February 1, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Malaywood | Lisa Surihani, Ratu Media Sosial 

    Wow! Dengan jumlah Follower seramai lebih 500,000 di Twitter dan hampir 2 juta Facebook Fans… Lisa Surihani dinobatkan secara tidak rasmi sebagai Ratu Media Sosial di Malaysia..

    Selain cantik dan personaliti yang besederhana, Pelakon wanita terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 ni menggunakan media sosial sebagai medium untuk berinteraksi dengan peminat-peminatnya… Sikapnya yang ramah membuatkan Lisa disenangi oleh semua orang, beruntunglah Yusri Abdul Halim (KRU) jadi jejaka yang bakal memperisterikan Lisa pada Februari ni… Alhamdulillah… ^_^

     
  • Nazim Man 7:55 pm on January 30, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Events | Malaysia – Korea Music & Dance Festival at Kota Kinabalu 

    Festival muzik dan tarian Malaysia – Korea bakal diadakan di Auditorium Yayasan Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu, 4 Februari 2012 ni…

    Acara yang dianjurkan oleh The Korea Club Sabah dan Dudlesori ni adalah suatu langkah untuk saling memperkenalkan budaya antara masyarakat Malaysia dan Korea melalui muzik dan tarian. (Kiranya berhibur sambil belajar la ni kan…) ^_^

    Sambil-sambil tu ni juga langkah untuk mempromosikan pelancongan di kedua-dua negara sebab Kedutaan Republik Korea dan Sabah Tourism Board juga terlibat sebagai penaja untuk acara ni… 🙂

    Aku memang merancang untuk pergi juga, sebab aku ada dapat Free Ticket ke festival tu. Tapi bukan sekeping, bukan juga dua keping… 50 KEPING! Tiket PERCUMA… Hehe… 😀

    That’s why aku dengan berbaik hatinya nak ajak sesiapa yang tinggal sekitar Kota Kinabalu untuk sertai aku. Manalah tahu rezeki kawan-kawan kan, pergi tengok festival dah tu menang pula Trip ke Korea dalam Lucky Draw yang menjadi acara kemuncak festival ni… Wow! Korang nak ke?

    So sesiapa yang berminat menyertai rombongan Nazim ke Festival Muzik & Tarian Malaysia-Korea, boleh lah Follow Nazim kat Twitter atau Facebook… 🙂

    Jumpa di sana! ^^v

     
  • Nazim Man 9:37 pm on January 29, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Unik & Pelik | Rumah berusia 107 tahun di tengah lautan. 

    Rumah ni memang unik kerana ia telah dibina di tengah laut. Tapi janganlah pula korang pikir yang rumah ni terapung di atas laut, sebab sebenarnya ia dibina di atas batuan di tengah laut berhampiran Rhode Island. Dan yang menambahkan keunikan rumah ini ialah usianya yang kini mencecah 107 tahun semenjak ia dibina pada tahun 1905 oleh JS Lovering Wharton.

    Rumah yang dikenali sebagai Clingstone Mansion ni dibina dengan kos 36,000 dolar, dan pada tahun 1961, rumah ini telah dibeli oleh Henry Wood yang kini menjadi pemilik rumah ni…

    Semenjak dua dekad lalu, Henry telah membuat beberapa pengubahsuaian ke atas rumah ini namun masih mengekalkan ciri-ciri klasik Inggeris dengan sentuhan moden…

     
  • Nazim Man 7:34 pm on January 29, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Unik & Pelik | Kambing biri-biri berkepala mirip manusia di Turki. 

    Erm… Seram juga aku tengok gambar ni… Korang?

    Sejauh mana kesahihan gambar dan cerita ni NM pun tak dapat nak pastikan. Antara benar atau tidak je, sebab this is the only picture yang aku jumpa. Yelah, zaman da makin moden dan teknologi semakin canggih. Dah ramai yang semakin mahir menggunakan photo editor untuk kesan yang tampak lebih realistik..

    Anak kambing biri-biri berkepala mirip manusia ni dilahirkan secara pembedahan di Izmir, sebuah perkampungan di Turki pada pertengahan Januari 2012, oleh seorang doktor veterinar yang berusia 29 tahun, Erhan Elibol.

    Kelahiran anak kambing biri-biri ini mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan masyarakat setempat dan dunia (terutama para netizen)…

    Dalam laporan sama yang dikeluarkan oleh Kosmo! Online, pada september tahun lalu juga terdapat kelahiran kambing biri-biri seperti ini di sebuah wilayah di Zimbabwe. Anak kambing biri-biri berwajah manusia itu hanya sempat hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk setempat…

     
  • Nazim Man 4:16 pm on January 27, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Unik & Pelik | Anak kambing biri-biri berkaki lima di Northamptonshire, UK. 

    Lagi hasil dari carian aku di Google semalam dengan keywords biri-biri berkaki enam. Sekali pandang seperti tiada apa yang berbeza dengan kambing biri-biri ini dari biri-biri yang lain, tetapi bila diperhatikan dengan lebih teliti ternyata kambing biri-biri ini unik dengan kaki kelima.

    Anak kambing biri-biri berkaki lima ini dilahirkan pada Mac 2011 di sebuah ladang di Northamptonshire, United Kingdom. Pemiliknya Pip Hopcraft menamakan anak kambing biri-biri unik ini sebagai Jake.

     
  • Nazim Man 1:09 pm on January 27, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Malaywood | Ana Raffali bakal berkahwin Februari ini. 

    Bakatnya dikesan dalam laman sosial Youtube sebelum beliau dilamar oleh Aidit Alfian sebagai artis rakaman. Namanya melonjak naik dengan single Tolong Ingatkan Aku yang turut menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25. Selepas dari kejayaannya itu ada desas-desus yang berlegar mengatakan beliau akan berkahwin pada tahun 2011, namun ternyata itu hanya khabar angin.

    Terbaru, Ana Raffali dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama pilihan hatinya. Menurut laporan mStar Online hari ini, Ana Raffali akan berkahwin dengan pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Naim di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi 25 Februari 2012.

    Ana Raffali dikatakan enggan menafikan dan mengiyakan spekulasi tentang tarikg berkenaan dan meminta semua pihak bersabar kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

    Ana Raffali dikhabarkan akan mengadakan satu sidang media khas pada selasa depan untuk mengumumkan majlis pernikahannya bersama Naim selepas tamatnya Anugerah Juara Lagu ke-26.

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal