Assalamualaikum…
I’m Nazim Man & this is for real… ^_^

About Me ::
Aku ni simple-simple je, tak hensem, tak sasa, tak besar, tak kecik, yang sedang-sedang saja (kata Iwan) tapi comel… hehe… (perasan)😛 Aku suka bercakap, tapi aku ni pemalu bila nak bercakap secara lisan lebih-lebih lagi dengan orang yang baru aku kenal. Bila dalam dunia maya macam ni aku rajin pula nak bercakap, tak pemalu, sebab aku tak cakap pun, aku tulis je… Hohoho… ngee~😀

Dulu masa aku kecik-kecik aku ingat nak jadi Superman je bila da besar, cita-cita la katakan. Tapi tak jadi, sebab lepas SPM, aku salah ambil kursus… Terambik Sains Komputer pula… Lagipun aku kan pemalu, malulah nak pakai seluar kecik kat luar… Aduh! Lepas dah keluar kolej, sekarang ni aku kerja tukang masak pula (Aik?!)… Tengah-tengah syok masak tu aku terfikir, ‘apa kaitan kerja aku ni dengan benda yang aku belajar dulu? Sains adalah, bab-bab formula campur-campur bahan untuk jadi hidangan. Tapi tang komputernya mana?’

Bling!

Aku dapat idea! Aku buat blog… Komputer kan?… So lengkaplah sains komputer aku tu… Tak rugi belajar… hehe… sekarang aku sambil tunggu yang kat kuali tu masak aku on lah internet… Yahuu! (camtu pun boleh ke?)