Recent Updates Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • Nazim Man 9:17 pm on July 3, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Assalamualaikum..
    Dah lama aku tak buat update kat sini.. Akhirnya aku berjaya juga buat blog ni bersawang.. hehe.. 😛

    Aku malas nak buat update kat sini, sebab first dulu aku buat blog ni sebagai blog peribadi. Tapi akhirnya tersasar jadi blog ntah-apa-apa-ntah.. Then aku sedar aku tak sesuai nak buat blog peribadi.. Lagipun nothing interesting sangat tentang kehidupan aku yang nak aku share kat sini. Sebab aku ni biase-2 je.. ^^v

    So the resolution is, aku buat blog lain untuk aku kongsi semua bahan bacaan aku. Dan pada masa yang sama aku tak nak tutup blog ni, sebab mana lah tahu one day aku terbuka hati nak tulis pasal aku pula kat sini.. 😛

    Ok blog baru aku macam yang korang boleh nampak feed rss kat widget pada sisi kanan ni.. Klik dan korang akan dihantar terus ke sana.. Happy reading.. ^^v

     
  • Nazim Man 11:37 pm on May 17, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Kacak 

    image

    Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-
    Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

    Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

    Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

    Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

    Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat– Munkar dan
    Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu
    tanpa sebarang gangguan.

    Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya
    masuk ke syurga!”

    Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara
    perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.”
    “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi.”

    Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
    malaikat – malaikat dari syurga.

    Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang
    itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu, kita adalah orang-orang yang rugi.

    Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
    adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
    mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di
    dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah
    benar.

    wallahua’lam.

     
  • Nazim Man 9:29 pm on February 21, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Warkah Cinta buat jiwa kita semua… 

    Warkah ini, aku tujukan untuk diriku dan sahabat-sahabatku yang tercinta, yang InsyALLAH tetap mencintai ALLAH dan Rasul-NYA di atas segala nikmat di dunia ini. Kerana hanya cinta itu yang hanya dapat mengalahkan segala nikmat duniawi, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segala nikmat dari sudut pandang berbeza, lebih bermakna dan indah.

    Warkah ini, aku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabatku yang tercinta yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-NYA. Untuk hati kami yang selalu terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan sesuatu perkara bukan kerana-NYA, lalu di ruang hati kami yang kelam ini merasa senang dilihat dan ditinggikan dengan pujian orang lain. Entah di mana kami meletakkan keikhlasan itu. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana melakukan sesuatu bukan kerana keikhlasan, sedangkan ALLAH tidak pernah menanyakan hasil melainkan kesungguhan dan ikhlasnya hati kami.

    Warkah ini, aku tujukan untuk jiwaku dan jiwa sahabat-sahabatku yang tercinta yang telah mulai lelah menapak ke jalan-NYA, kerana seringkali mengeluh, merasa dibebani menjalani kehidupan dengan mulia di bumi ALLAH. Sedangkan tiada kesakitan, kelelahan dan kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan ALLAH akan mengampuni dosa-dosa kami.

    Warkah ini, aku tujukan untuk rohku dan roh sahabat-sahabatku yang tercinta yang terkikis oleh helah dunia, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, entah di mana kami meletakkan kejujuran. Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah kami hanyalah rutin semata, saat jasmani dan fikiran kami hanyalah disibukkan demi duniawi semata, saat wajah kami menampakkan kebahagian yang palsu belaka.

    Warkah ini, aku tujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabatku yang tercinta yang terkadang sombong dan bangga pada diri kami sendiri. Sesungguhnya tiada satu pun yang membuatkan kami lebih di hadapan-NYA melainkan ketakwaan. Padahal kami menyedari, pada tiap-tiap jiwa pasti akan merasa mati, namun kami masih bergelut dengan kefanaan.

    Warkah ini, aku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabatku yang tercinta yang mulai mati, saat tiada kami merasa getarnya menyebut Asma ALLAH, saat tiada kami menyesal ketika kebaikan berlalu begitu saja, saat kami tiada merasa takut pada-NYA ketika maksiat terjadi, dan saat tiada kami merasa berdosa menzalimi diri sendiri dan orang lain.

    Warkah ini, aku tujukan untuk jiwaku dan jiwa sahabat-sahabatku yang tercinta yang masih tersimpan sedikit cahaya. Ya ALLAH, jangan KAU padamkan cahaya itu dari jiwa kami. Maka kumpulkan cahaya-cahaya yang sedikit itu hingga mampu menerangi wajah-wajah kami. Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami pada agama-MU, pada rasa taat dan dakwah ke jalan-MU.

    Warkah ini, buat aku dan sahabat-sahabatku yang tercinta. Semoga dapat membangkitkan iman kami yang sedang mati. Semoga bisa kami kembalikan semangat itu sebelum kami akhiri perjalanan di bumi ALLAH yang sementara ini.

    Wallahualam

     
  • Nazim Man 1:12 pm on February 17, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Share the similarities & celebrate the differences 

    Assalamualaikum dan Salam jumaat buat semua…

    Mungkin entri kali ni agak emosi dan lebih peribadi, tapi bukanlah maksudnya sebab aku tengah marah. Cuma sedikit perkongsian tentang ‘Toleransi’ dari sudut pandang aku, yang aku definisikan sebagai bagaimana kita menerima persamaan dan perbezaan di antara kita tanpa prejudis… And mostly about my principle of life… 😛

    I can tolerant dalam apa juga keadaan dan dengan sesiapa pun… But I can’t tolerant with something yang terpesong dari akidah, something yang menjejaskan our morality as human beings lebih-lebih lagi as Muslim… Jujur, aku bukan seorang yang baik. But I try to be the best of me…

    No matter who you are, family or friends or someone yang berpengaruh even if you are VIP pun… There no way I’m giving any excuses or chances about this issue…

    You may mempertikaikan my credibility but think again with this MAGIC QUOTE by Imam Hasan Al-Basri

    “Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

    I am what I am… And this is Nazim’s For ReaLNakal tu biarlah berakal… peace! ^^v

     
  • Nazim Man 6:14 pm on February 12, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Events | Pesta Eko Daing Sulaman di Tuaran, Sabah 

    Rasa-rasanya, sesiapa yang tinggal area Tuaran mesti dah tahu tentang pesta yang hampir setiap tahun dianjurkan semenjak 2007 ni, kan? 🙂 Ada juga yang tak tahu ke? Takpe, bukan salah korang pun… Aku sendiri, walau tinggal hampir dengan tapak pesta ni dijalankan pun kurang tahu tentangnya sehingga lah aku rasa nak ambil tahu sekarang ni… ^^v Dan aku sebagai anak jati Tuaran, rasa bertanggungjawab pula nak kenalkan festival ni kepada umum, kalau aku boleh promote festival lain (Malaysia – Korea Music & Dance Festival ) kenapa pula aku nak biarkan kebanggaan tanah tumpah darah sendiri… kan?

    Pesta Eko Daing Sulaman atau lebih komersil dikenali sebagai Sulaman Fish Season Festival ni bakal diadakan pada 24 Mac – 25 Mac 2012 di tapak tetap di Lok Nunuk Dantai, Tuaran.

    Tujuannya, sama seperti pesta Kaamatan yang mewakili masyarakat Kadazan Dusun khasnya dan masyarakat petani secara umum… Pesta Eko Daing ni pula diadakan bertujuan untuk menunjukkan rasa kesyukuran dengan hasil tangkapan laut sepanjang tahun. Jadi jelaslah pesta ini mewakili masyarakat nelayan secara umum, khususnya buat masyarakat Bajau yang mendominasi aktiviti penangkapan ikan di Tuaran.

    ‘Eko daing’ diambil dari bahasa Bajau, yang bermaksud ‘banyak ikan’

    Banyak aktiviti yang bakal diadakan semasa pesta ni berlangsung, antaranya menjala ikan, menangkap ketam menggunakan perangkap tradisional (bintur), lumba perahu, aktiviti sukan rakyat dan juga persembahan kebudayaan serta beberapa aktiviti lain yang pastinya menghiburkan.

    Bagi kaki-kaki pancing, korang kena datang ke pesta ni. Siapa tahu rezeki korang menang dalam pertandingan memancing nanti… 🙂

     
  • Nazim Man 2:32 pm on February 11, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Events | Food Festival 2012 at Kota Kinabalu 

    Ada siapa yang suka makan tak? Anybody with passion of food, don’t miss this events ye… hehe… ^^v

    Buat kali kedua Food Festival dianjurkan di Kota Kinabalu selepas kejayaan penganjurannya pada tahun lalu… Bermula 3 Mac dan berakhir pada 18 Mac 2012Wow! Dua minggu tu… So bolehlah sepanjang dua minggu tu nanti korang yang berada sekitar Kota Kinabalu, lunch kat festival tu… Nyum! Nyum! 😀

    Festival ni melibatkan penyertaan numbers of cafes, restaurants, bistros, hotels. Makanan-makanan yang disediakan memenuhi setiap bajet korang, dari yang bajet makan kecil hingga ke bajet makan yang ‘gede’… Untuk yang takde bajet tapi nak lunch pun boleh juga, sebab ada disediakan sample makanan dari pelbagai hidangan tempatan ke international cuisine… So the conclusion is korang kena datang walaupun takde bajet, cuma kena tahan perut je bila makanan dah rojak sangat masuk dalam perut. Dan yang paling penting kena tebal muka lah… hehe… 😀

    But! Bukan bazaar makanan je aktiviti utama dalam festival ni… Selain tu ada juga aktiviti lain, sepeti cooking class bagi yang berminat nak belajar basic penyediaan makanan. Also wine tasting (tapi bagi yang non-muslims je, yang muslim tu paham-paham je lah ye) & few others activities yang menghiburkan sepanjang dua minggu tu nanti.

    Nak lagi? Korang berpeluang juga menyertai contest dan menang hadiah sepanjang festival ni… Contest Stamp & Win… Apa hadiahnya dan if korang masih got no idea tentang contest ni or want to know the exact venue of this festival, just visit Laman rasmi KK Food Fest atau LIKE Facebook KK Food Fest… ^^v

     
  • Nazim Man 10:07 pm on February 10, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    TV Shows | Slot Akasia – Atas Nama Cinta 

    Kelmarin berakhir dah drama Gemersik Kalbu, best ke tak best? NM tak tahu nak nilai, sebab NM sendiri pun tak ikut sangat cerita tu… Tengok pun ntah berapa episod je… 😛

    Takpelah, kita tutup cerita tu… So, next week siri drama baru pula yang bakal ditayangkan dalam Slot Akasia — TV3, bermula 13 Januari 2012… Judul drama ni, Atas Nama Cinta

    Tajuk ni macam kita pernah dengar, kan? Dalam lagu, dalam filem… Tapi mungkinkah drama Atas Nama Cinta ni juga merupakan adaptasi novel? Maklumlah sekarang ni banyak filem dan drama yang diterbitkan dan diadaptasi dari novel-novel popular, macam dah trend pula kan… 🙂

    Cerita ni mula dengan kisah seorang bapa dan anaknya yang terpaksa balik ke kampung sebab nak melarikan diri dari pengutip hutang. Si bapa tu nama dia Ahmad, yang anak pula nama Saiful.

    Masa tinggal kat kampung tu, Saiful berkawan dengan budak perempuan nama Cinta. Sebelum tu, Cinta ni selalu kena buli dengan budak-budak kampung yang sebaya, then Saiful ni jadi hero lah selalu tolong Cinta. Rasanya lepas tu diorang happy lah dapat berkawan…

    Nak dijadikan cerita lagi hangat dan menggeramkan sampai korang boleh emo kot… 😛 Dalam seronok-seronok Saiful dan Cinta ni berkawan, cik Ahmad ni pula buat hal… Adakah patut dia curi wang simpanan yang mak Cinta bersusah-payah kumpul. Mau tak mengamuk makcik Zahara (mak Cinta)…

    NM yang baru tulis sinopsis ni pun rasa geram pula… Korang geram tak? Hehe… :p

    Apa yang jadi selepas si Ahmad curi duit simpanan si Zahara tu? Ntah-ntah Saiful dengan bapa dia kena keluar dari kampung kot… kan? Kesian budak Saiful dan Cinta tu terpaksa berpisah. Tapi dalam cerita macam ni, dah besar karang diorang jumpalah balik… Cuma diorang kenal lagi ke tidak? Hah! Yang ni korang kena tengok sendiri lah drama ni… 🙂

    Oya, drama ni dibintangi oleh Shah Jazle, Shah Iskandar, Fiza Halim dan Tasya Shila…

    Erm, takat tu je lah… Yang lain korang tengok dan rate sendiri cerita ni… Jangan lupa temujanji anda dalam Slot Akasia setiap Isnin – Khamis, jam 7 malam di TV3! (dah macam iklan TV la pula) ^^v

     
  • Nazim Man 4:08 pm on February 10, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Info | Tiada Hari kekasih @ Valentine’s day untuk tahun 2012 

    Mesti ramai yang dah prepare beli hadiah, merancang kejutan untuk buah hati yang dikasih dan disayangi, kan? Yelar, Hari kekasih @ Valentine’s day dah tak berapa lama lagi…

    Tapi nampaknya tahun ni kempunan la korang nak menyambut hari kekasih ni… Hadiah-hadiah yang korang dah beli tu terpaksalah korang simpan je… 😉

    Untuk pengetahuan korang, Valentine’s day untuk tahun 2012 ni telah pun dibatalkan… Atau dengan perkataan lain ‘ditiadakan‘…

    Betul ni, NM tak tipu… Buat apa NM nak tipu korang, NM kan usahawan maklumat (Info-preneur)… ^^v

    Ok, alasan hari kekasih ni ditiadakan adalah kerana tarikh Valentine’s day itu sendiri yang jatuh pada 14 Februari 2012

    Jom kita buat simple mathematic untuk membuktikan hal ini ::
    14 Februari 2012 = 14 – 2 – 12 = x

    (14 – 2) – 12 = x
    12 – 12 = x
    0 = x

    Did you get the idea? 14 – 2 – 12 = 0… 0 = x… ‘x’ tu maknanya ‘tiada’… kan? :p

    p/s :: Valentine’s day is not for Muslim & Muslimah to celebrate… ^^v

     
    • nurul asyikin binti zulkifli 9:04 pm on Februari 13, 2012 Pautan Kekal | Balas

      asslamuailaikum pada semua orang baca ni…..saya bernama nurul asyikin binti zulkifli…

      kenapa kita x sambut hari kekasih pada bulan ini….memang nye ada masalah ke…bukan saya nak marah tapi…semua tu bukan wajib kan…..tapi saya x pernah orang bagi hadiah pada bulan valetine ‘ s day but i ok….x pelah kalau macam tu…..saya pun rasa sedih juga….sebab saya x de teman lelaki …..

  • Nazim Man 12:56 pm on February 8, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    Al – Kisah | Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut 

    Tersebut sebuah kisah semasa hayat Nabi junjungan Muhammad SAW. Rasulullah SAW dengan para sahabat telah bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayiditina Fatimah r.h.a, puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan dalam sebuah mangkuk yang cantik. Dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut tertinggal di dalamnya. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut)…

    “Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Abu Bakar r.a

    “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Umar r.a

    “Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Uthman r.a

    “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali ke rumahnya itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Ali r.a

    “Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang selain muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” -Sayiditina Fatimah r.h.a

    “Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Rasulullah SAW

    “Menegakkan tiang agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agam itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agam hingga ke akhir hayat itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,” – Malaikat Jibril AS

    ALLAH SWT berfirman, “Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurga-KU itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut,”

    Wallahualam…

     
  • Nazim Man 5:59 pm on February 7, 2012 Pautan Kekal | Balas  

    TV Shows | Kupinang kau dengan Bismillah 

    Seorang lelaki itu keras seperti batu, namun dia juga boleh menjadi serapuh setangkai bunga mawar…

    Amar adalah seorang mahasiswa yang mendapat biasiswa untuk mendalami ilmu agama di Istanbul, Turki. Ayah Amar adalah seorang guru, manakala ibunya pula seorang penjaja kuih. Demi mendapat wang tambahan untuk membantu keluarganya di kampung, Amar berusaha melakukan pelbagai pekerjaan sampingan termasuklah menerima tawaran menjadi pemandu untuk menghantar tetamu-tetamu dari kedutaan Indonesia di Istanbul…

    Sepanjang berada di Turki, Amar tinggal bersama Nordin, seorang mahasiswa dari Malaysia yang juga merupakan rakan sekuliah Amar. Konflik sering timbul di antara Amar dan Nordin kerana perbezaan pendapat mereka dalam mentafsirkan ilmu agama Islam, Amar dengan pemikiran liberalnya, manakala Nordin lebih bersikap fundamental.

    Sementara itu, Nirvana, seorang lulusan dari London College of Fashion, merupakan seorang pereka fesyen yang mula mencipta nama. Gadis berusia 22 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal Chandra Basuki, seorang ahli perniagaan ternama yang memiliki rangkaian perniagaan Department Store – Paradise Shoppe.

    Nirvana juga mempunyai kekasih yang bernama Carlo, pewaris tunggal Saputraland, sebuah syarikat pembinaan ternama. Eddy Saputra, ayah kepada Carlo, dan Chandra Basuki berharap hubungan Nirvana dan Carlo dapat menyatukan dua kerajaan perniagaan mereka.

    Ringkasnya, Sinetron Kupinang kau dengan Bismillah mengisahkan perjuangan dua orang anak muda (Amar dan Nirvana) yang berbeza latar belakang dalam menggapai makna cinta sejati.

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal